Wednesday, January 14, 2009

Apa yang aku rasa...

Aku rasa Universiti ni ok.
Aku suka bandar ni.

Walau bagaimanapun, aku rasa jabatan bagi program MSc yg aku ambil ni tak ok.

Tak tau nak cakap macam mana. Tapi perasaan tak puas hati tu wujud sejak Sem 1. Sekarang nak masuk Sem 2. Apa lagi bila ia melibatkan 2 subjek yg kira penting. Semua subjek penting, tp subjek ni yg ambil banyak masa. Dari tugasan di lab hingga ke penyediaan report.

Salah satu subjek adalah subjek yg aku kira sebab utama aku sambung belajar. Tidak mahu mengungkit apabila sewenang-wenangnya modul subjek diubah. Pensyarahnya kadang kala kelihatan seperti hilang arah, skim pemarkahan yg tidak jelas... bila ada akhirnya skim tu, aku rasa seperti tidak masuk akal & tidak mampu memberi panduan bila diminta. Penerangan terlalu am & hanya on the surface. Pensyarah itu adalah penyelia projek MSc aku nanti. Sungguh mengecewakan. Bukan aku tak tau sebelum memilih projek, ada yg sudah mengkhabarkn perihal ini kepada aku... malah aku juga boleh observe sendiri tp sudah projek itu yg aku minat. Saira, klu ko ingat aku pernah anta emel kat ko, this is the reason why it was 'a tough week'.

Lagi satu subjek, pensyarahnya kelihatan syok sendiri, memberi tugasan yg tidak jelas, menjawab soalan dengan nada yg sarkastik... aku tak tau nak kata apa. Hanya mampu berdoa aku lulus subjek ni.

Subjek2 lain ok... walaupun ada antara isi kandungannya aku rasa hampeh, saje nak buat pelajar bertambah sibuk.

Jangan salah paham, setakat ini I'm doing ok dengan keputusan yang mungkin boleh dibanggakan. Alhamdulillah.

Aku cuma kecewa dengan situasi pembelajaran di mana input yang aku jangkakan tak sampai. It should be & can be better. Itu saje. Sekadar meluahkan apa yg terpendam selama ini.

Aku mungkin membuat pilihan yang kurang tepat, tapi aku perlu meneruskannya.

Things won't always go our way, I know that.

No comments:

Post a Comment